Bersyukur kehadrat ilahi atas penyempurnaan blog ini. Saya berterima kasih kepada anak saya yang bertungkus lumus menyiapkan blog ini dengan harapan untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan saya. Seiring dengan peredaran masa dan teknologi, saya juga tidak mahu ketinggalan dalam arus kemodenan. Justeru itu dengan penghasilan blog ini dapat sedikit sebanyak memberikan info terkini tentang restoran kami. Dengan ini saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun. Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing gelap, Rajin-rajinlah datang ke kedai kami, Makanan kami memang sedap.
Restoran kami mula beroperasi sejak tahun 1984, terletak di Jalan Susur Kulai 1,Kulai Besar, Johor.Kami menyediakan pelbagai jenis menu makanan, sarapan pagi, makan tengahhari, dan makan malam, buka seawal pukul 7.30pg sehingga 1pg. Kami juga menerima tempahan catering.Kepada anda yang ingin membuat tempahan sila tinggalkan komen atau pesanan anda atau terus berhubung terus kepada pengurus di no.019-7162987(Nordin Masuri). e-mail(nordinm_johor@yahoo.com)
No comments:
Post a Comment